Pihak berkuasa digesa pantau pusat hiburan operasi hingga lewat pagi - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa digesa pantau pusat hiburan operasi hingga lewat pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan digesa untuk membuat pemantauan terhadap sebuah premis hiburan yang terletak di Jalan dato Abdullah Tahir, Taman Abad Johor bahru yang beroperasi sehingga lewat pagi sekali gus mengganggu ketenteraman awam dan penduduk sekitar.

Premis hiburan tersebut dilihat semakin meriah dengan muzik kuat dan bising terutamanya pada setiap malam hujung minggu dengan dibanjiri oleh pengunjung tempatan dan dari negara jiran yang datang berhibur di situ.

Rata-rata penduduk berdekatan menyuarakan kebimbangan mereka apabila pusat hiburan tersebut dilihat ‘kebal’ tanpa mengikut masa operasi standard yang ditetapkan, malah pengunjung dilihat semakin bertambah pada awal pagi dengan bunyi muzik yang kuat dan bising tanpa sekatan.

@utusanonline

Pihak berkuasa digesa pantau pusat hiburan operasi hingga lewat pagi

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Seorang penduduk, Nik Mustafa , 45 berkata, perkara tersebut sudah berlarutan sekian lama, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa terhadap pemilik premis berkenaan.

Menurutnya sebelum ini sudah ada beberapa kali berlakunya kejadian seperti pergaduhan termasuk melibatkan mereka yang di bawah umur, namun masih tiada sebarang tindakan oleh pihak berwajib.

“Sebagai penduduk di kawasan berdekatan, saya sendiri berasa risau dengan situasi tersebut, malah sudah banyak kali berlakunya perkara-perkara tidak diingini seperti pergaduhan, kerosakan harta benda dan sebagainya. Ini semua berlaku apabila ada pelanggan yang mabuk dan sudah tidak terkawal,”
“Saya juga difahamkan premis hiburan tersebut turut menawarkan khidmat wanita warga asing yang bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO) untuk pengunjung yang datang berhibur. Kita mahukan pihak berkuasa tempatan buat pemeriksaan dengan kerap, sama ada mereka ini masuk dengan pas kerja yang sah atau sebaliknya,”

Pihak berkuasa digesa pantau pusat hiburan operasi hingga lewat pagi
“Selain itu kami masyarakat setempat berharap agar pemilik premis lebih peka dan menghormati undang-undang yang ditetapkan, kita tidak mahu nanti berlakunya perkara tidak diingini yang boleh memudaratkan, jadi mencegah itu lebih baik dari merawat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN