PERKESO lindungi 10 juta pekerja sepanjang masa

PERKESO lindungi 10 juta pekerja sepanjang masa

PUSAT Aspirasi Anak Perak (PASAK) menyambut baik serta menyokong penuh pengumuman oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 [Akta 652] dan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 [Akta 640] yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 10 juta pekerja sektor formal bakal menikmati Skim Lindung 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) susulan kelulusan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 2025 oleh Dewan Rakyat.

Dengan skim baharu itu, pekerja tidak lagi perlu risau sama ada sesuatu kejadian berlaku dalam waktu kerja atau di luar waktu kerja kerana mendapat perlindungan sepanjang masa.

Sebagai senario mudah ba­gaimana skim ini berfungsi; Firdaus, 25, pekerja pembinaan dengan gaji RM1,700 sebulan boleh dijadikan contoh nyata.

 

Dalam perjalanan pulang menziarahi ibu bapa, keretanya ter­babas dan dia mengalami kecede­raan serius iaitu patah kedua-dua tangan, kecederaan pergelangan kaki dan trauma dalaman dan terlantar 60 hari di hospital.

Disebabkan kemalangan berlaku di luar waktu kerja, undang-undang hari ini mengklasifikasikannya sebagai Bukan Bencana Kerja.

Oleh itu, Firdaus tidak la­yak menerima sebarang faedah PERKESO. Hal ini menyebabkan keluarga terpaksa menanggung sendiri kos rawatan yang mencecah puluhan ribu ringgit, malah hampir menjual tanah pusaka.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pelaksanaan Lindung 24 Jam dapat mengurangkan beban kewa­ngan pekerja dan keluarga dalam urusan rawatan, pengurusan hilang upaya dan pemulihan.

Menurutnya, perkara itu juga akan menetapkan standard baharu perlindungan sosial negara yang lebih setara dengan amalan negara maju.

“Dalam era kerja hibrid dan aturan kerja anjal, garis antara kerja dan kehidupan semakin kabur.

“Kita bekerja dari rumah, dari kafe, bahkan dari taman sambil menemani anak-anak, tetapi hakikatnya hanya 42 peratus pekerja mempunyai perlindu­ngan kemalangan peribadi atau takaful.

“Sebab itulah Kerajaan memperkenalkan Lindung 24 Jam yang melindungi pekerja walaupun kemalangan itu berlaku di luar waktu kerja dan tidak berkait langsung dengan penggajian mereka,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan RUU itu di Dewan Rakyat, Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN