Penyelidik uji anjing robotik bantu kesan kebakaran hutan

Penyelidik uji anjing robotik bantu kesan kebakaran hutan

YORKSHIRE Barat dilanda peningkatan jumlah kebakaran hutan dalam beberapa tahun terakhir, termasuk di Marsden Moor dan Ilkley Moor.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRADFORD: Anjing robotik antara taktik yang sedang diuji penyelidik di Bradford untuk menilai bagaimana kecerdasan buatan (AI) dapat membantu meramal dan menangani kebakaran hutan.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Bradford merancang menggunakan data yang dikumpul android berkaki empat itu bersama dron dan sambungan 6G, untuk mengesan asap awal serta menghantar amaran kepada pasukan kecemasan.

Pasukan itu menjalankan ujian rintis di Greece tahun depan, sebagai sebahagian daripada projek penyelidikan 6G-VERSUS, inisiatif yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) untuk menguji teknologi 6G.

“Kebakaran hutan adalah fenomena global dan meningkat dari segi kekerapan dan intensiti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami amat berbangga berada di barisan hadapan penyelidikan yang menangani cabaran global mendesak ini,” kata wakil penyelidik, Dr Kamran Mahroof.

Penyelidikan, yang menerima pembiayaan awal tahun ini daripada program Horizon Innovation Action EU, dipamerkan dalam satu acara di Birmingham yang meneroka bagaimana AI boleh membantu menyelesaikan cabaran global.

Yorkshire Barat dilanda peningkatan jumlah kebakaran hutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk di Marsden Moor dan Ilkley Moor.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Yorkshire Barat berkata, pihaknya belum mengetahui mengenai ‘teknologi itu’, namun akan menghubungi penyelidik Universiti Bradford.

“Buat masa ini, bomba Yorkshire Barat tidak menggunakan teknologi AI untuk operasi memadam kebakaran hutan.

“Kamu sudah menggunakan dron yang dilengkapi kamera terma dan optik untuk mendapatkan pandangan udara serta maklumat, membantu komander insiden mengenal pasti kawasan panas dan memantau penyebaran kebakaran,” kata jurucakapnya.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN