KUALA TERENGGANU: Seramai tujuh penternak akuakultur di negeri ini menanggung kerugian hampir RM170,000 apabila kawasan dan hasil ternakan mereka musnah dalam bencana banjir, baru-baru ini. Penternak yang terjejas dengan gelombang pertama banjir dari 24 November hingga 5 Disember lalu itu melibatkan lima daerah dengan pengusaha akuakultur dari Setiu paling banyak menanggung kerugian yang dianggarkan bernilai RM62,000. Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, kejadian banjir kali ini menjejaskan penternak ikan…










