Pelancong kecewa kena scam dengan salji palsu

Pelancong kecewa kena scam dengan salji palsu

VIDEO tular menunjukkan pelancong bermain di atas salji buatan kecil, yang dikelilingi kawasan kering dan berbatu, tanpa salji semula jadi.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Destinasi peranginan bukit terkenal di Himachal Pradesh di India, Manali, kini tular selepas video menunjukkan pelancong bermain di atas salji buatan kecil, dengan dikelilingi kawasan kering dan berbatu.

Video tersebut, yang dikongsi seorang pelancong di Instagram, mendakwa wujud unsur ‘penipuan’ di Manali, apabila beberapa pemandu pelancong memperdaya pengunjung dengan menawarkan aktiviti ski dan pengalaman musim sejuk di kawasan kecil yang dilitupi salji buatan.

Pelancong yang merakam video itu menyifatkannya tersebut sebagai ‘scam salji’, mendakwa salji tersebut dibawa dari lokasi lain dan bukan semula jadi.

Rakaman video itu menunjukkan tanah berbatu dan kering di sekeliling kawasan salji buatan, dengan pelancong diminta menyewa peralatan atau mencuba aktiviti seperti ski, selain bergambar di kawasan berkenaan.

Menurut laporan media antarabangsa, pemandu pelancong tempatan dipercayai menabur salji tiruan bagi mencipta suasana musim sejuk sebelum menawarkan pakej itu sebagai tarikan utama kepada pelancong dalam dan luar negara.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ramai yang merasakan diri mereka ditipu secara terang-terangan oleh agensi pelancongan tempatan.

Sesetengah pengguna mengecam agensi pelancongan tempatan kerana memperdaya pelancong yang sangat mengharapkan pengalaman musim sejuk dan salji.

Namun, sebahagian pengguna juga berpendapat ia bukanlah penipuan, sebaliknya menyalahkan pelancong kerana tidak memeriksa musim kerana Manali tidak menerima salji sepanjang tahun.

Manali biasanya menerima salji yang konsisten antara akhir Januari hingga Februari, terutama selepas gangguan barat yang aktif.

Bagaimanapun, corak penurunan salji semakin tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan ramai pengunjung kecewa.

Bulan Disember pula boleh menjadi tidak menentu, di mana kawasan tinggi mungkin bersalji, tetapi zon pelancongan rendah sering kekal kering, terutamanya pada musim sejuk.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN