Pelajar tingkatan satu dihanyutkan arus deras sungai ditemukan lemas

Pelajar tingkatan satu dihanyutkan arus deras sungai ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang pelajar tingkatan satu yang dihanyutkan arus deras ketika bermain air bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, di sini akhirnya ditemukan lemas.

Mayat remaja berusia 13 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada pukul 9.41 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, mayat remaja itu ditemukan pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi asal dia dikhuatiri hilang.

“Mayat remaja berkenaan telah dibawa oleh polis ke Hospital Machang di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Utusan Online hari ini melaporkan, seorang pelajar tingkatan satu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras bermain air bersama abang dan rakannya dekat kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, Kampung Belukar di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu, abang mangsa yang berusia 15 tahun berjaya berpaut pada batu sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung.

Saksi kejadian Muhamad Azam Faiz Anuar, 19, berkata, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pasir Puteh kereta yang dipandunya telah ditahan oleh seorang remaja memaklumkan dua rakannya sudah dihanyutkan arus deras sungai.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN