Pelajar IPT ditahan bantu siasatan kes amang seksual calon SPM

Pelajar IPT ditahan bantu siasatan kes amang seksual calon SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan hari ini bagi membantu kes amang seksual ke atas seorang remaja perempuan yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1 Disember lalu.

Terdahulu, pasangan kekasih itu ditahan polis kira-kira pukul 3.30 petang pada hari tersebut selepas polis mengejar kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis berkaitan perlakuan tidak bermoral suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an telah mengambil mangsa di hadapan sekolah untuk pergi ke Lata Renyut di sini.

“Bagaimanapun lelaki itu telah bertindak memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan Kampung Sungai Rual di sini untuk melakukan hubungan seks dengan remaja itu di dalam kereta.

“Remaja perempuan itu dipercayai dengan rela hati untuk melakukan hubungan itu. Namun pasangan itu  terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang melakukan rondaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Polis mengingatkan orang awam agar mengelakkan sebarang perlakuan seksual di dalam kenderaan sama ada di kawasan awam atau tempat sunyi kerana ia boleh menimbulkan risiko jenayah dan implikasi undang-undang,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN