KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM926,187 juta bagi mengurus penganjuran ASEAN 2025.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jumlah tersebut melibatkan 326 mesyuarat merentasi tiga tonggak Utama Kerjasama serantau sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, akaun perbelanjaan masih belum ditutup kerana terdapat mesyuarat ASEAN sehingga penghujung tahun ini.
“Kementerian Luar diperuntukkan RM560 juta dan kita mempengerusikan tonggak politik dan keselamatan manakala Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengetuai tonggak ekonomi.
“Sementara itu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pula mengetuai tonggak sosial dan budaya,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai jumlah kos penganjuran Sidang kemuncak ASEAN ke-47.
Dalam pada itu Mohamad berkata, kepengerusian Malaysia berjaya mencipta sejarah dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN – Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN-GCC-China-. – UTUSAN










