PUNCAK ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi bayangan tidak lagi menerajui suruhanjaya itu pada tahun hadapan. Beliau berkata, kontraknya yang telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sebelum ini menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati. “Insya-Allah, tahun depan tempoh perkhidmatan saya akan tamat, ia telah disambung tiga kali sebelum ini. “Orang pun sudah tidak suka saya, Rafizi (Datuk Seri Rafizi Ramli) pun tidak suka…










