KUALA LUMPUR: Negara masih berhadapan dengan tekanan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah sekitar RM13 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hutang terbesar yang masih ditanggung kerajaan adalah 1MDB yang diwarisi sejak 2018 dengan jumlah hutang hampir mencecah RM50 bilion. Menurut beliau, sehingga kini kerajaan sudah membayar RM42 bilion untuk melangsaikan hutang tersebut termasuk principal dan faedah. “Tetapi Alhamdulillah kerana kita juga (sudah) dapat pulangan balik RM29 bilion…










