Murid 10 tahun maut ditikam di sekolah

Murid 10 tahun maut ditikam di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut ditikam pelajar 15 tahun di sebuah sekolah di Russia semalam, menurut pihak berkuasa.

Suspek dilaporkan ditahan selepas insiden berlaku di Gorki-2, sebuah kampung di barat Moscow, daerah Odintsovo.

“Polis menerima laporan seorang pelajar menikam pengawal keselamatan, menyembur semburan lada dan kemudian menikam murid berusia 10 tahun, yang maut akibat cedera parah,” kata polis di Telegram.

Jawatankuasa Penyiasatan Russia berkata, pihaknya membuka siasatan rasmi berhubung insiden tersebut.

“Motif jenayah kini sedang disiasat,” kata jawatankuasa itu.

Serangan bersenjata di sekolah Russia dahulunya jarang berlaku, tetapi menjadi lebih kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun lalu, seorang pelajar di Russia mencederakan empat orang menggunakan tukul di bandar Chelyabinsk, selatan negara itu.

Pada Disember 2023, seorang gadis berusia 14 tahun melepaskan tembakan di sebuah sekolah di bandar Bryansk, barat daya Russia, mengorbankan seorang rakan sekelas sebelum membunuh diri sendiri.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN