MAIPs salur kutipan tabung Jumaat buat manga banjir Acheh - Utusan Malaysia

MAIPs salur kutipan tabung Jumaat buat manga banjir Acheh

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kutipan Tabung Jumaat di seluruh masjid sekitar Perlis pada minggu ini akan disalurkan sepenuhnya buat Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Acheh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersetuju membuat penetapan itu di mana semua kutipan itu akan disalurkan sepenuhnya buat tabung berkenaan.

Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs turut menyeru seluruh umat Islam di negeri ini agar dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir terlibat.

“Besarlah harapan saya agar sumbangan ikhlas yang dihulurkan oleh umat Perlis akan dapat membantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan saudara kita di Acheh. Sesungguhnya, bantuan ini adalah manifestasi daripada semangat persaudaraan dan keprihatinan yang terpuji.

“Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan, serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam menghadapi ujian besar ini,” titah baginda di sini hari ini.

22 November lalu, banjir dan tanah runtuh yang dahsyat dilaporkan melanda tiga wilayah di Sumatera, iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat susulan hujan lebat berpanjangan dan Ribut Tropika Senyar.

Agensi Pengurangan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia melaporkan setakat 10 Disember, jumlah korban akibat bencana itu mencecah 969 orang, manakala 252 lagi masih hilang. Bencana itu turut merosakkan kira-kira 158,000 rumah di 52 wilayah terjejas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN