KOTA BHARU: Lesen mendulang emas hanya akan diberikan kepada rakyat Kelantan bagi membolehkan mereka menikmati sebahagian hasil mineral yang ada di negeri ini. Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, permohonan mendapatkan lesen itu boleh dibuat bermula Januari depan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan. Katanya, kerajaan negeri akan mengenakan bayaran sebanyak RM100 kepada rakyat untuk mendapatkan lesen. “Setiap rakyat Kelantan hanya boleh mohon satu…










