Lelaki Palestin cipta mesin basuh tanpa elektrik

Lelaki Palestin cipta mesin basuh tanpa elektrik

TANGKAP layar Tayseer Obaid menggunakan mesin basuh buatan sendiri tanpa kuasa elektrik untuk mencuci baju.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang lelaki Palestin mencipta mesin basuh dan pengering yang tidak memerlukan kuasa elektrik di Gaza.

Ciptaan unik dan kreatif itu dibuat bagi memudahkan keluarganya membersihkan pakaian mereka di tengah-tengah perang yang masih berterusan.

Video yang dirakam baru-baru ini tular di media sosial selepas disiarkan di laman instagram Al Jazeera.

Rakaman tersebut menunjukkan lelaki berkenaan, Tayseer Obaid memasukkan pakaian ke dalam sebuah alat buatan sendiri yang diperbuat daripada bakul plastik dan kayu.

Beliau kemudian memutarkannya secara manual menggunakan kayu yang dipasang bersama supaya pakaian dapat dibasuh di dalam air.

“Lelaki Palestin ini, @tayseerobaid1, mencipta mesin basuh buatan sendiri daripada alat ganti.

“Menunjukkan betapa penduduk Gaza terpaksa bergantung pada kreativiti sendiri dalam menempuh kehidupan seharian ketika Israel terus menyekat bantuan dan bekalan elektrik,” tulis Al Jazeera di Instagram.

Tayseer turut memuat naik video-video lain di laman Instagram di mana beliau membina perabot menggunakan bahan yang ada, termasuk satu video yang menunjukkan cara membuat almari yang kukuh dengan menggunakan kotak kadbod.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN