TELUK INTAN: Sepasang suami isteri, Zulkefli Md. Noor, 57, dan Azian Jamal, 50, cekal mencari rezeki dengan menjaja makanan dan minuman menggunakan sebuah bot kecil di Sungai Perak. Pasangan itu mula berniaga sejak tahun lalu selepas Zulkefli menghadapi masalah penglihatan dan kini memegang kad orang kurang upaya (OKU). Setiap hujung minggu dan cuti umum, bot fiber bersaiz kecil yang dinaiki mereka dipenuhi jualan seperti mi goreng, kuih-muih dan buah-buahan untuk…










