KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 kanak-kanak golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di depot Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di seluruh negara, sehingga 31 Ogos lalu. Kesemua mereka terdiri daripada keseluruhan 20,143 PATI yang ditempatkan di 18 depot imigresen serta dua depot imigresen sementara di seluruh negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 273 orang yang terdiri dari kanak-kanak dan penjaga wanita pula ditempatkan di enam penempatan…










