KUALA LUMPUR: Kerajaan dinasihat melantik pakar profesional bagi mengurus masalah mental dalam kalangan kanak-kanak, berbanding memberikan tanggungjawab itu kepada guru di sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat, Yeo Bee Yin berkata, pengurusan kesihatan mental kanak-kanak perlu dilakukan oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH). Menurut beliau, pengurusan kesihatan mental kanak-kanak tidak boleh lagi bergantung kepada guru kerana mereka bukan tergolong skop profesionalisme golongan tersebut.…










