KUALA LUMPUR: Kerajaan memindahkan program Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta Matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan ke bawah Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyelaraskan proses penilaian dan laluan kemasukan pelajar ke peringkat universiti. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pengambilalihan program itu merupakan antara perubahan besar yang akan dilakukan kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026 hingga 2035 yang kini menunggu masa sesuai untuk dilancarkan secara rasmi oleh…










