KUALA LUMPUR: Seramai 10,214 orang warden asrama telah dilantik di seluruh negara oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bertujuan bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan murid di sekolah berasrama. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah setakat 30 September itu, seramai 9,428 yang dilantik terdiri daripada guru dan 786 bukan daripada guru. Katanya, pelantikan dibuat berdasarkan keperluan semasa di sekolah dan asrama masing-masing. “Kementerian juga telah melakukan beberapa penambahbaikan pada…










