KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan ‘menyelamatkan’ pelbagai barangan bersubsidi bernilai hampir RM500,000 daripada diseludup ke Thailand. Pengarahnya Azman Ismail berkata, ia hasil 220 tangkapan yang dilakukan sepanjang Januari sehingga semalam. Katanya, petrol, diesel, minyak masak, gula dan tepung gandum serta gas petroleum cecair (LPG) antara barangan kawalan yang sering diseludup ke negara jiran melalui jalan tikus. “Sindiket ambil kesempatan dengan harga subsidi di…










