Ketua peperiksaan letak jawatan selepas ujian dikritik terlalu sukar

Ketua peperiksaan letak jawatan selepas ujian dikritik terlalu sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan universiti Korea Selatan meletak jawatan susulan aduan ujian Bahasa Inggeris yang direkanya terlalu sukar.

Peperiksaan kemasukan kolej Korea Selatan, dikenali sebagai ‘Suneung’, adalah penting untuk kemasukan ke universiti terkemuka dan dianggap sebagai pintu masuk kepada mobiliti sosial, keselamatan ekonomi dan juga perkahwinan yang baik.

Namun, tahun ini, hanya lebih tiga peratus daripada calon peperiksaan memperoleh markah tertinggi dalam ujian Bahasa Inggeris, rekod terendah sejak sistem pemarkahan mutlak diperkenalkan bagi subjek itu pada 2018.

Calon diberikan hanya 70 minit untuk menjawab 45 soalan.

Antara soalan yang dikritik menuntut pelajar menilai ahli falsafah politik Immanuel Kant dan Thomas Hobbes serta menganalisis pandangan mereka mengenai kedaulatan undang-undang.

Soalan lain meminta pelajar mempertimbangkan sifat masa dan jam, manakala satu lagi meneliti bagaimana konsep kewujudan mungkin diterapkan kepada avatar dalam permainan video.

Ia mencetuskan reaksi balas yang ketara di negara tersebut yang mengambil peperiksaan begitu serius sehingga jadual penerbangan di seluruh negara ditangguh selama 35 minit semasa ujian mendengar Bahasa Inggeris bagi menghapuskan sebarang gangguan bunyi.

Susulan itu, Oh Seung-keol, ketua Institut Kurikulum dan Penilaian Korea, meletak jawatan.

Beliau merasakan ‘tanggungjawab yang berat untuk bahagian Bahasa Inggeris dalam ujian itu, yang tidak selaras dengan prinsip penilaian mutlak,” menurut kenyataan institut itu yang dihantar kepada AFP.

Beliau juga memohon maaf kerana ‘menimbulkan kebimbangan kepada calon peperiksaan dan ibu bapa mereka, serta menimbulkan kekeliruan dalam proses peperiksaan masuk universiti’.

Agensi tersebut turut mengeluarkan permohonan maaf berasingan, dengan menyatakan ia ‘mengambil serius kritikan peperiksaan tersebut gagal mencapai tahap kesukaran yang sesuai dan matlamat mengurangkan beban akademik pelajar’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN