Kesihatan tahanan Palestine Action semakin merosot

Kesihatan tahanan Palestine Action semakin merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang tahanan yang mogok lapar di United Kingdom (UK), yang ditahan kerana aktiviti menyokong kumpulan Palestine Action, dilaporkan hilang keupayaan untuk bercakap, lapor The Independent.

Heba Muraisi dalam satu kenyataan berkata, dia kini tidak lagi dapat menyusun ayat dan sukar untuk mengekalkan perbualan.

Muraisi melalui kumpulan Prisoners for Palestine berkata, dia berasa semakin lemah setiap hari.

Aktivis kempen melaporkan seorang lagi banduan yang mogok lapar kini tidak mampu berdiri. Lapan aktivis pada mulanya memulakan mogok semasa menunggu perbicaraan atas pelbagai dakwaan berkaitan Palestine Action, termasuk keganasan dan kerosakan harta benda.

Awal bulan ini, dua daripada aktivis, Qesser Zuhrah dan Amu Gib, menghentikan mogok selepas 48 hari dan dimasukkan ke hospital.

Selain Muraisi, tiga lagi masih meneruskan mogok lapar, Teuta Hoxha, Kamran Ahmed dan Lewie Chiaramello.

Menurut Prisoners for Palestine, Hoxha kini tidak mampu berdiri tanpa pengsan, mengalami kabut otak yang semakin teruk dan hampir terlantar.

Banduan mogok lapar menuntut jaminan segera serta dibenarkan ‘menghantar dan menerima komunikasi tanpa sekatan, pemantauan atau campur tangan daripada pihak penjara.

“Tidak seperti pengawal penjara, yang mengurung banduan lebih awal untuk pulang menikmati makan malam Krismas, para mogok lapar tidak mendapat cuti Krismas.

“Sama seperti orang Kristian di Gaza, yang terus menderita dalam kesejukan di tangan entiti penjajah penempatan,” kata jurucakap Prisoners for Palestine.

Peguam yang mewakili lapan banduan itu berkata mereka berisiko maut sekiranya mogok lapar diteruskan dan kerajaan tidak campur tangan.

Awal bulan ini, protes dianjurkan oleh Ahli Parlimen, Zarah Sultana berikutan dakwaan Qesser Zuhrah telah ditolak ambulans.

Pasukan undang-undang para mogok lapar juga memulakan tindakan terhadap kerajaan berhubung apa yang mereka dakwa sebagai pelanggaran terhadap rangka kerja keselamatan penjara sendiri.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN