Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiswa

Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiswa

ABU BAKAR HAMZAH.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti peristiwa pada 1 Januari bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu 2026.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pengisytiharan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Beliau berkata, pengisytiharan cuti peristiwa itu juga selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Pemberian cuti peristiwa itu adalah merupakan satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baru 2026 peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap pengumuman itu dapat memudahkan segala urusan rakyat untuk hadir menjayakan karnival tersebut dan mengatur segala perancangan sebaiknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN