KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses untuk mengawal selia platform dalam talian dengan menyekat pengguna di bawah usia 16 tahun daripada mengakses kandungan selain memastikan tapisan kandungan terhadap pengguna di bawah 18 tahun. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866). Kata beliau, ia akan menumpukan kepada isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian…








