KOTA BHARU: Pemain industri pelancongan digesa merebut peluang menjadikan negeri ini sebagai destinasi alternatif kepada Hat Yai, Thailand yang selama ini menjadi pilihan utama pelancong tempatan khususnya dari Pantai Timur. Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Berlesen Kelantan, Wan Saipul Azwal Wan Mohamad berkata, Kelantan mempunyai kelebihan tersendiri termasuk produk pelancongan, makanan dan budaya yang hampir menyamai tarikan di selatan Thailand namun kurang dimanfaatkan sepenuhnya. Katanya, kewujudan pasar terapung, kepelbagaian menu makanan…










