KUALA LUMPUR: Jumlah golongan belia yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di negara ini didapati meningkat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati trend penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia meningkat ketara dari tahun 2022 hingga 2024. Katanya, seramai 85,657 belia direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada 2022 tetapi ia meningkat kepada 90,520 orang pada 2023 dan seterusnya melonjak kepada 116,245…










