JERANTUT: Derita seorang tukang kebun, Mohamad Rozaimi Ismail, 36, bagaikan tidak berkesudahan apabila sudah dua bulan tidak mampu bekerja. Ia selepas kaki kirinya mengalami kecederaan akibat ditusuk duri kelapa sawit di Felda Kota Gelanggi Empat, di sini. Kecederaan kecil kemudian bertukar menjadi luka besar yang merebak, lebih menyulitkan dia menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 17 tahun. “Ketika membersihkan rumput dan pelepah tiba-tiba tapak kaki kiri tertusuk duri pelepah dan…










