PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Hamzah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Besar Malaya, hari ini. Hashim, 64, yang menggantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersara pada 14 November lalu, mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Beliau berkata, jawatan yang digalasnya kini bukanlah sekadar pangkat semata-mata, ia merupakan satu amanah dengan tanggungjawab besar. “Saya mendapati terdapat beberapa kelewatan…










