KUALA LUMPUR: Grab memperkenalkan perkhidmatan GrabAssist bagi memudahkan perjalanan penumpang khususnya golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pengguna alat mobiliti peribadi yang memerlukan bantuan serta akses tambahan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, GrabAssist diwujudkan bagi memberi kebebasan kepada golongan berkeperluan untuk bergerak dengan lebih mudah dan selesa. Katanya, inisiatif berkenaan selaras dengan peranan kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta dalam usaha memperkasa…










