KUBANG PASU: Rata-rata rakyat Malaysia yang memandu kenderaan sendiri ke Hat Yai atau wilayah Selatan Thailand yang lain mengakui hanya mengambil insurans wajib (CI) yang merupakan syarat minimum sebelum memandu masuk ke negara itu. Bagaimanapun, CI yang berharga serendah RM16 bagi kenderaan tidak melebihi tujuh tempat duduk untuk tempoh sembilan hari itu hanya membiayai kos perubatan yang sangat minimum jika terlibat kemalangan. Bagi mereka yang menambah kira-kira RM80 untuk mendapatkan…











