Demokrat dedah koleksi foto Epstein bersama Trump

Demokrat dedah koleksi foto Epstein bersama Trump

FOTO tanpa tarikh daripada koleksi peribadi Jeffrey Epstein menunjukkan Presiden Donald Trump (tengah) bergambar bersama sekumpulan wanita memakai lei gaya Hawaii.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ahli Parlimen Demokrat mendedahkan himpunan gambar baharu daripada harta pusaka milik pesalah seksual, Jeffrey Epstein, yang memaparkan imej Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan bekas presiden, Bill Clinton.

Antara tokoh berprofil tinggi lain yang turut ada dalam gambar tersebut termasuk bekas penasihat Trump, Steve Bannon; bekas Setiausaha Perbendaharaan Clinton, Larry Summers; pengarah Woody Allen serta bekas putera yang kini dikenali sebagai Andrew Mountbatten-Windsor.

Turut kelihatan ialah Bill Gates daripada gergasi teknologi Microsoft dan Richard Branson daripada Virgin Group.

Hubungan Epstein dengan individu terbabit sudah diketahui umum, dan gambar tidak bertarikh itu tiada memaparkan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

“Gambar-gambar yang mengganggu ini menimbulkan banyak persoalan mengenai Epstein dan hubungannya dengan beberapa individu paling berkuasa di dunia,” menurut ahli Demokrat dalam Jawatankuasa Pengawasan Dewan.

Rumah Putih menuduh Demokrat sengaja mendedahkan gambar ‘terpilih’ daripada simpanan koleksi Epstein untuk mencipta naratif palsu.

“Penipuan Demokrat terhadap Presiden Trump sudah beberapa kali dinafikan,” kata jurucakap Rumah Putih, Abigail Jackson.

Antara gambar yang didedahkan pada Jumaat turut memaparkan alat mainan seks dan kondom jenaka bertema Trump yang menampilkan wajahnya berserta perkataan ‘I’m HUUUGE!’.

Daripada 19 gambar yang dikeluarkan kelmarin, tiga memaparkan Trump.

Trump memberitahu pemberita di Pejabat Oval, beliau belum melihat gambar tersebut dan menganggap pendedahannya sebagai ‘bukan masalah besar’.

“Semua orang kenal lelaki ini dan terdapat ratusan orang yang ada gambar bersama dia. Jadi, itu bukan masalah besar,” kata Trump.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN