TEMERLOH: Penduduk Kampung Batu Kapor, Mentakab memohon kerajaan mempertimbang pembinaan Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) bagi menampung penempatan penduduk yang terpaksa berpindah saban tahun akibat banjir. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu Kapor, Mohd. Marizi Sohaimi berkata, setiap kali musim tengkujuh, penduduk di situ seolah-olah sudah ‘wajib’ berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) seperti di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan atau Sekolah Kebangsaan (SK) Batu…










