KUALA LUMPUR: Seramai 13.9 juta rakyat kini menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang mula dilancarkan pada 30 September lalu. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, 84 peratus daripada 16.5 juta orang layak untuk memperoleh petrol dengan kadar yang lebih murah melalui BUDI95 sehingga 30 November lalu. Menurut beliau, BUDI95 merekodkan nilai jualan sebanyak RM5.16 bilion atau penggunaan petrol sebanyak…










