Wartawan Australia didakwa di Thailand kerana kritik kerajaan Malaysia

Wartawan Australia didakwa di Thailand kerana kritik kerajaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wartawan Australia yang menetap di Thailand bakal dihadapkan ke mahkamah selepas menerbitkan beberapa artikel blog yang mengkritik Malaysia, sekali gus mencetuskan tindakan undang-undang dan kebimbangan antarabangsa.

Murray Hunter akan dibicarakan di Thailand pada 22 Disember atas dakwaan fitnah susulan beberapa artikel yang mengkritik kerajaan Malaysia.

Hunter, 64, yang tinggal di Hat Yai, menghadapi pendakwaan susulan aduan yang dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Peguam Hak Asasi Manusia Thailand (TLHR), dakwaan itu berpunca daripada empat artikel yang diterbitkan Hunter di blog Substack, yang menuduh SKMM mempunyai kecenderungan politik dan salah guna kuasa.

TLHR menyifatkan prosiding itu sebagai ‘kes SLAPP (litigasi strategik terhadap penyertaan awam) transnasional’, iaitu usaha menggunakan undang-undang untuk menutup kritikan awam dan bukannya mendapatkan penyelesaian undang-undang.

Hunter ditahan pada 29 September di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sebelum menaiki penerbangan ke Hong Kong.

Polis Thailand, bertindak atas permintaan Malaysia, menahannya sepanjang malam sebelum membebaskannya dengan jaminan 20,000 baht (RM2,558).

Pertuduhan itu berkaitan beberapa catatan blog pada April, di mana Hunter menuduh SKMM bertindak di bawah pengaruh kerajaan Pakatan Harapan dan mendakwa tindakan suruhanjaya tersebut bermotifkan politik serta bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.

SKMM menafikan semua dakwaan berkenaan.

Di Thailand, kes itu kini meningkat kepada pertuduhan fitnah jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum 200,000 baht (RM25,594).

Kes itu turut menerima kecaman hebat daripada kumpulan hak asasi manusia, yang menuduh Thailand membantu kerajaan asing dalam tindakan keras terhadap pembangkang politik di dalam negaranya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN