PETALING JAYA: Sebarang pembayaran yang diputuskan hasil rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung tuntutan 40 peratus nanti perlu mewartakan atau dinotifikasikan mengikut keperluan undang-undang. Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, pewartaan tersebut penting agar segala persetujuan yang diputuskan tidak lagi menjadi polemik berpanjangan, sekali gus memberi jaminan bahawa hak negeri itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dipelihara secara sah. Katanya, langkah menggazetkan keputusan juga dilihat dapat…










