Wanita Warga Indonesia lemas dihanyutkan kepada air

Wanita Warga Indonesia lemas dihanyutkan kepada air

KEADAAN trak pikap selepas dihanyutkan arus deras kepala air di Jambatan No.2 Kampung Pulai, Gua Musang, Kelantan pada Khamis lalu.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang wanita warga Indonesia ditemukan lemas selepas trak pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama majikan dan isteri dihanyutkan arus deras kepala air di Jambatan No.2 Kampung Pulai di sini pada Khamis lalu.

Mayat mangsa, Yeni Susilowati, 39, ditemukan terdampar oleh orang awam pada pukul 4.15 pagi kelmarin di kawasan tebing sungai itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa menaiki trak pikap bersama majikan dan isteri yang merupakan warganegara Thailand sekitar pukul 8.30 malam pada Khamis lalu.

Katanya, semasa melalui sebuah jambatan untuk ke ladang tersebut, trak pikap itu dipercayai telah dihanyutkan oleh kepala air sungai tersebut.

“Majikan dan isterinya sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap trak pikap itu, namun mangsa telah hanyut dibawa arus.

“Orang awam menjumpai mangsa yang sudah meninggal dunia di tebing sungai lebih tujuh jam kemudian kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa berpunca daripada saluran pernafasan tersumbat dengan lumpur dan air. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN