Tiga lagi daerah di Kelantan mula ditenggelami banjir

Tiga lagi daerah di Kelantan mula ditenggelami banjir

AIR Sungai Galas berhampiran Kampung Serian Batu 11, Gua Musang semakin naik dan sudah melimpahi tebing.-IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiga lagi daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menjadi kawasan terbaru di negeri ini yang ditenggelami air selepas Kota Bharu, Tumpat, Bachok serta Pasir Puteh susulan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 9 pagi, seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sedang berlindung sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang mula diaktifkan sejak malam tadi.

“Daripada jumlah itu seramai 56 mangsa sudah mendapatkan perlindungan di enam buah PPS, Tanah Merah (54) dan Gua Musang (3).

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini seramai 9,625 orang yang sedang berlindung di 52 buah PPS,” katanya.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.17 meter berbanding normal 5 meter.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Galas di Gua Musang melepasi paras amaran.

Sementara Sungai Semerak (Pasir Puteh), Sungai Kelantan (Kuala Krai) dan Jambatan Melor (Bachok) sudah berada pada paras waspada.

Lain-lain sungai masih di tahap normal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN