MELAKA: Tiga penjenayah bersenjatakan parang yang dipercayai anggota Geng DT mati ditembak selepas menetak seorang anggota polis yang menjalankan tugas pemeriksaan dalam operasi di ladang sawit berhampiran Taman Tambun Perdana, Durian Tunggal, awal pagi tadi. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat…










