Sultan Brunei doa kesejahteraan buat PM

Sultan Brunei doa kesejahteraan buat PM

ANWAR Ibrahim menerima panggilan daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini. Anwar berkata, dalam perbualan tengah hari tadi, baginda bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya. “Saya menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya dalam kenyataan di platform Facebook. Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah. – UTUSAN

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN