JERANTUT: Di sebalik senyuman seorang isteri di Felda Kota Gelanggi Dua di sini, tersimpan derita apabila suami dan anak bongsunya sama-sama diuji penyakit jantung. Ekoran penyakit itu, anak bongsu Nurul Wahida Kamarudin, 41, iaitu Nurul Aisyah Mohd. Nazrul berusia empat tahun kerap kali menangis menahan kesakitan, tidak berselera makan dan kurang bertenaga akibat masalah pada injap jantung. Katanya, anak bongsunya itu kerap merengek dan mengadu susah hendak bernafas dan sakit…










