Selesaikan segera isu dalaman Bersatu, elak beri kesan di PRN Sabah-Pas

Selesaikan segera isu dalaman Bersatu, elak beri kesan di PRN Sabah-Pas

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu segera menyelesaikan kemelut dalaman yang sedang melanda parti itu bagi mengelak Perikatan Nasional (PN) berdepan kesan negatif Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 23 November ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun menegaskan, pihaknya sama sekali tidak akan mencampuri urusan dalam Bersatu dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera demi kestabilan PN.

Katanya, Pas mengakui kemelut itu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada PN.

“Kesan itu memang ada kerana kita (Pas) duduk bersama dalam PN. Jadi kita harap Bersatu dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin. Kita tidak boleh campur tangan dan Pas tidak komen apa-apa.

“Cuma, Pas harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pergolakan dalam Bersatu adalah berpunca daripada dua individu kehilangan arah selepas dipecat dan digantung Lembaga Disiplin parti kerana cuba menjatuhkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengasas bersama Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof mendedahkan parti itu kini terbahagi kepada dua kem iaitu yang hendak mempertahankan institusi Presiden mengikut ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN