KUALA TERENGGANU: “Tidak pasti sampai bila mampu bertahan. Jika keadaan suram ini berterusan, kami terpaksa angkat kaki seperti peniaga-peniaga lain.” Demikian luahan baki lebih 150 daripada kira-kira 400 peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini yang masih cekal bertahan walaupun perniagaan mereka tenat akibat aktiviti jualan sangat perlahan. Kompleks yang pernah meriah dengan kunjungan orang ramai untuk membeli-belah terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan…










