BAGAN DATUK: Rumah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kampung Sungai Nipah Darat di sini turut dilanda banjir berikutan hujan berterusan. Tinjauan mendapati paras air naik sehingga ke paras lutut di kawasan rumah Ahmad Zahid dan difahamkan keadaan itu berlaku sejak dua hari lalu. Ketika dihubungi, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, jika banjir melanda kampungnya, bermakna paras air laut sudah naik tinggi…










