BAGAN DATUK: Kerajaan menggerakkan usaha membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir di Hat Yai serta beberapa daerah lain di wilayah Songkhla, Thailand. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, maklumat terkini sedang diperoleh dari Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mengenal pasti rakyat negara ini yang masih terperangkap. Katanya, koordinasi akan dijalankan bersama Kementerian Luar dan kerajaan Thailand untuk memastikan bantuan segera disalurkan…










