KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kejadian 61 pelajar yang terkandas lebih tiga jam di Lapangan Antarabangsa Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta akibat masalah pengurusan ejen pelancongan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, setakat ini sebanyak tujuh laporan polis sudah diterima pihaknya berhubung kejadian itu. “Siasatan sedang berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini…










