KUALA LUMPUR : Polis Kuala Lumpur memperkukuh usaha membanteras budaya buli di sekolah melalui pendekatan pendidikan dan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni. Usaha itu diperkuat melalui Program Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berkata, peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sebagai penghubung antara…










