Perjanjian timbal balas AS-Malaysia tarik pelabur asing

Perjanjian timbal balas AS-Malaysia tarik pelabur asing

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada Oktober lalu di Kuala Lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berpotensi menjadi penarik utama kepada pelabur asing dalam industri yang ditetapkan.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ART turut membuka lebih banyak peluang bagi barangan lain AS memasuki Malaysia dengan membawa pemindahan teknologi, sekali gus meningkatkan keupayaan inovasi dan kualiti selaras Pelan Industri Baru Malaysia 2030 (NIMP 2030).

Selain itu, katanya, ART memberikan ruang lebih luas bagi menyokong pertumbuhan dan pemodenan sektor perindustrian negara.

“Dalam sektor perkhidmatan seperti teknologi maklumat (IT), syarikat multinasional AS merupakan pelabur asing terbesar terutamanya dalam pembangunan pusat data di negara ini seperti Google, AWS, Microsoft dan pelbagai lagi.

“Begitu juga dalam industri pembuatan semikonduktor, syarikat seperti Intel dan Infineon telah bertapak di Malaysia selama puluhan tahun dengan sokongan ekosistem dan rantaian nilai bekalan yang kukuh serta strategik,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Oktober lalu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Perjanjian itu merupakan cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus, di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April 2025.

Rundingan berkenaan dike­tuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi pihak Malaysia, manakala AS diwakili Office of the United States Trade Representative.

MITI turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan dalam rundingan itu dan keputusan dasar berhubung ART te­lah dibuat oleh Jemaah Menteri selepas mengambil kira aspek ekonomi, politik dan perunda­ngan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN