KOTA KINABALU: Bermula 17 November ini, prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan diteruskan secara terbuka dengan sembilan orang guru termasuk pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar akan dipanggil memberi keterangan. Difahamkan, ibu Zara Qairina akan turut dipanggil memberi keterangan selepas guru-guru sekolah itu memberikan keterangan mereka di Mahkamah Koroner Papar yang bersidang di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Semalam, prosiding inkues selesai mendengar keterangan 35 orang…










