KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN terhadap Myanmar masih lemah, menyebabkan ribuan pelarian Rohingya terus berdepan krisis kemanusiaan, khususnya di Cox’s Bazar, Bangladesh. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, situasi pelarian Rohingya kini amat membimbangkan kerana tidak mendapat kerjasama Myanmar dan negara ASEAN lain. Katanya, setakat ini tidak sampai 5,000 pelarian berjaya dipindahkan ke negara ketiga, jauh lebih rendah berbanding proses penempatan semula pelarian Vietnam…










