KOTA KINABALU: Nasihat bapa menjadi amanah utama yang digalas Hazem Mubarak Musa sekiranya berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Beliau berkata, antara pesanan Tun Musa Aman adalah supaya beliau sentiasa bekerja keras dan membela nasib rakyat. “Biarpun ayah saya tidak lagi aktif dalam politik, beliau berpesan bahawa apabila ingin masuk arena politik, saya mesti turun padang, bekerja kuat dan mendengar…










